Monday, December 31, 2012

SELAMAT TINGGAL 2012



Tahun 2012 tahun terpahat sebagai tahun yang meninggalkan kesan yang amat besar dalam hidupku.

Kalau hati pernah terluka biarlah tidak nampak parutnya. Kalau senyum dan tawa sering terpancar, biarlah ia terus bersinar. Kalau derita sememangnya yang aku tanggung, ianya memang kerana kecuaian diri...maka aku redha. Dan kalau bahagia itu pernah aku kecapi, biar lah ia terus jadi teman ku nanti.

Biarlah 2013 nanti membuka jalan yang lebih tenang bagi ku. Dalam usia menganjak 46 tahun, tidah banyak yang aku harapkan. Aku mohon Allah swt agar aku berada dalam ihsanNYA, dalah rahmatNYA...dijauhkan aku dari lalai dunia. Ya Allah, kau ampunkan kanlah dosa2ku..dosa kedua orang tuaku, dosa mukminin dan mukminat. Lindungi anak2 ku dari kemaksiatan dan keburukan. Ya Allah,kau permudahkan lah urusan kami di dunia dan di akhirat dan permudahkan lah urusan kami di hari perhitungan nanti. Permudahkahlah kami ketika berhadapan dengan sakaratulmaut.

Selebihnya bagi ku adalah kehidupan harian yang sederhana. Aku bersyukur masih ada Mak dan Abah, adik beradik, anak2 dan sahabat2 yang menjadi teman waktu susah dan senangku. Terima kasih kalian yang menjadi pendengar setia, menjadi tiang sokongan ku di kala suka dan duka. Pada suamiku, sisa hidup yang ada, temanilah aku sebagai sahabat yang kau hormati, sebagai isteri yang kau kasihani dan lindungi.

2012... kenangan yang indah dan pahit takkan mampu aku harungi tanpa izinNYA..sesungguhnya Allah maha mengasihani dan maha penyayang.