Wednesday, December 31, 2008

SAYONARA 2008

Today is the last day 0f year 2008. I look forward to welcoming the new year with hopes and expectations that the best will happen to everyone, every living soul. So that we can share our happiness and contempt, so that less people get hurt, so that more people will prosper, so that many will turn out to be great achievers in their fields, so that the children are able to sing, to laugh, to eat and to shelter, so that the world lives in peace.

And I wish....

My children will do better in their lives
To believe and have faith in God
To learn to take up responsibilities to do well in their studies
To to go to school whole heartedly and to learn from teachers and friend
To appreciate food laid on the tables every meal time
To help with the house chores and be hygienic
To respect the elderly an fellow friends

And I hope.....

Mak n Abah know that I love them very much
My siblings are my precious gems


And I too hope ....

I can be a better person
A better mother
A better worker
A better servant to God

And at times I wish....

I could just sit at one corner
Doing nothing but appreciate life.

Tuesday, November 11, 2008

SUARA AKAR UMBI...

Akhirnya DS Rafidah tetap berkeras meneruskan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui di peringkat EXCO Wanita Malaysia.

Banyak pendapat dan komen tentang apa perlunya peralihan kuasa ini.

Bila perkara ini diumumkan oleh DS Rafidah di dalam perjumpaan seramai hampir 1000 orang, termasuk Ketua Wanita dan pegawai dari setiap bahagian, ramai yang mempertikaikan apa perlunya peralihan kuasa diadakan.

Setiap mereka yang hadir rata-rata tidak bersetuju. Ironinya, tidak ada sesiapa pun yang berani bersuara di kalangan yang hadir. Tetapi lebih ironik bila di kalangan EXCO Wanita sendiri yang berbelah bagi juga tidak bersuara ketika mesyuarat EXCO diadakan.

Bagi saya, menghormati keputusan kepimpinan tertinggi adalah satu perkara yang perlu kita lakukan. Ianya perlu bagi menunjukkan Pergerakan Wanita UMNO tidak gelabah, boleh berfikir dan bertindak dengan lebih matang. Kalau di peringkat EXCO tidak ada bantahan, bermakna segalanya telah diperbincangkan dengan teliti dan mendapat persetujuan dan persefahaman dari semua ahli mesyuarat. Mudah perkiraannya.

Tetapi UMNO sekarang menghadapi satu era yang mahukan perubahan dilakukan, mahukan kepimpinan memberi ruang akar umbi menggunakan kuasa dan hak di bawah Perlembagaan untuk membuat pilihan tentang pemimpin yang mereka mahu. Ini cabaran besar kepada UMNO, khususnya kepada Wanita UMNO.

Apabila DS Rafidah dan EXCOnya membuat keputusan menyongsang tradisi, ada risiko perlu diambil. Maka berlakukan pencalonan yang lebih kurang 40% yang mahukan DS Shahrizat menerajui Wanita UMNO. Tetapi DS berkeras dengan menyatakan mesyuarat EXCO bersetuju meneruskan pelan peralihan yang telah dirangka. Maka, saya berharap kesemua EXCO akan bekerja dalam satu kumpulan bagi menentukan ianya terlaksana. Tepati semua janji yang dibuat. Jangan leka bermain politik hingga lupa maruah Pergerakan Wanita UMNO sedang dijaja oleh pemerhati politik.

Saya simpati kepada DS Shahrizat. Seorang yang rajin bekerja dan telah membuktikan beliau boleh bekerja. Anggaplah ia merupakan pengalaman yang menjadikan DS lebih matang lagi. Untuk menjadi pemimpim besar, cabaran pasti banyak. Tidak mudah untuk membuat semua orang suka atau menerima apa yang kita perjuangkan, tetapi saya yakin DS akan lebih tabah dilambung gelora yang sedang berlaku. DS Shahrizat telah memerikan kemyataannya dengan berani. DS Shahrizat sedar kehendak akar umbi dan cabaran yang ada bila membuat kenyatasan tersebut. Tentu sukar membuat ketetapan sedemikian tetapi beliau telah mengambil jalan yang diplomatik. DS mesti bersikap tegas. Berpeganglah pada keyakinan bahawa perjanjian dan persetujuan yang dimeterai bersama mesti dilaksanakan. Ramai yang menyokong DS.

DS Rafidah bukan calang-calang orangnya. Dari awal Bismillah sampai ke Sadaqallah, apa yang dikata terus dipegang. Itu adalah keyakinan dan ciri kepimpinan seorang pemimpin.Telah ranum memimpin Wanita dan masak dengan pelbagai ragam. Dan DS Rafidah memilih untuk berundur dari kedudukan dengan cara peralihan kuasa. Dengan alasan demi perpaduan, kalau ada pertandingan pasti ada perpecahan. Alasan yang agak terbabas, tetapi masih boleh diterima kalau melihat kepada perlunya Wanita bersatu dalam keadaan yang mencabar sekarang. Maka saya berharap kata dikota. Pastikan tiada siapa yang mencabar DS Shahrizat.

Siapa saya?

Saya hanya Ketua Wanita Bahagian bagi penggal kedua. Dulunya saya Ketua Puteri Bahagian Batu Pahat dan juga Ketua Puteri Negeri Johor. Atas faktor had umur Puteri yang sudah melebihi 35 tahun, saya bertanding bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat pada tahun 2004. Saya mengalahkan incumbent pada ketika itu.

Dengan latarbelakang tersebut, pandangan saya mungkin berbeza dengan yang lain. Saya terima SMS dari seseorang yang mengucapkan terima kasih kerana saya mengikut pelan peralihan tersebut. Saya membalas sms tersebut dengan menyatakan bahawa pelan peralihan itu bukan lah sesuatu yang wajar dilakukan tetapi saya akur kerana saya sayangkan Pergerakan Wanita UMNO. Dan dua hari sebelum Wanita Bahagian saya bersidang, DS Shahrizat telah membuat kenyataan bahawa beliau akur kepada pelan tersebut dan meminta bhagian-bahagian untuk tidak mencalonkan beliau sebagai Ketua Wanita. Saya yakin kepada kepimpinan Wanita walau siapa jua yang menjadi Ketuanya. Maka saya teruskan pencalonan sepertimana yang diminta oleh Ketua & EXCO. Ingatlah... keseluruhan EXCO Wanita berada di atas pentas dan kami di bawah melihat ia adalah suara kolektif EXCO yang dipilih untuk menerajui Wanita.

Saya berharap kepimpinan Wanita mengotakan apa yang dikata. Jangan tersilap perkiraan kerana percaturan ini sangat tinggi nilai ketaatannya. Bila sudah melalui proses peralihan nanti, pastikan semua Wanita bekerja di bawah pasukan yang bersatu and mantap. Tidak boleh ada post-war akibat dendan atau tidakpuashati. Jangan anggap Wanita UMNO Bahagian sekadar unit kecil yang tidak ada pengaruh. Sekarang sudah terbukti ramai yang mengeluh. Jangan jadikan mereka semakin resah.

Saya yakin., DS Rafidah dan DS Shahrizat tahu apa yang perlu mereka lakukan. No one is indispensible. Pemimpin bersilih ganti tetapi sejarah pemimpin dan kepimpinan akan memngaruhi UMNO di mata anakcucu kita. Wallahu'alam.

Monday, November 10, 2008

I'M HERE....TO CONTINUE..

I have decided I have to start afresh. After struggilng for a fortnight to retrieve my userid and passsword, wh I have forgotten, and still cannot do so, I might as well create a new Blog. So here I am again.

If Mior, my ex class mate in KPPITM./ A-Levels happens to read this, please email me at haliza67@gmail.com.