Wednesday, December 14, 2011

PERHIMPUNAN AGONG WANITA UMNO 2011

29 & 30 November 2011 saya masih berpeluang meghadiri Perhimpunan Agong Wanita UMNO Malaysia bagi tahun 2011.

Intipati penting adalah kesiapsagaan jentera Wanita yang dipimpin oleh DS Shahrizat untuk menghadapi PRU-13.

Di samping itu, saya meneliti pendekatan berbeza oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia dalam ucaputama beliau. Kali ini beliau lebih tegas, lebih garang dan bersedia menghadapi apa juga bentuk serangan dari mana2 juga pihak. Saya memberikan standing ovation kepada beliau...bukan kerana intipati atau visi serta misi ucapan beliau, tetapi kerana kelantangan beliau menangani isu NFC di medan Perhimpunan Wanita mampu menjadi benteng yang kuat bagi beliau menghadapai serangan seterusnya.

Apapun, saya yakin DS Shahrizat mampu melalui saat seumpama ini. Sebagai pemimpin, dugaan datang dalam skala yang lebih berat.... itu canbaran seorang pemimpin. Kalau sentiasa tunjukkan bekerja kuat dan penuh yakin serta cuba berlaku sejujur yang mampu, pasti ada jalan penyelesaiannya. Tetapi sekiranya sebaliknya yang berlaku, kita pasrah.... saya juga... dalam liku cabaran dan perjuangan yang sama.